
Bapa Merana Sangkakan Gula-Gula, Beri Anak 3 Tahun Makan 280 Biji Baby Kristal | Jiansu, China - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa dihospitalkan setelah bapanya menyuapkan 280 biji baby kristal kerna menyangkakan objek itu adalah gula-gula kegemaran anaknya...
-Sebelum kejadian itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit mengambil sebungkus bahan tersebut kerana menyangka bebola berwarna-warni itu adalah gula-gula kegemaran anak perempuannya itu.
-Apabila selesai membeli, dia kembali ke rumah dan menyelesaikan beberapa kerja rumah. Ketika itulah suaminya menyuapkan 'gula-gula' itu satu persatu ke mulut anak mereka.
-Namun, mereka mulai sedar bahawa objek itu bukan gula-gula apabila si ibu mencuba salah satu darinya. Di saat itu, anaknya sudah memakan 280 biji bebola itu, lapor Sina.
-Pasangan itu dengan pantas membawa anak mereka ke hospital dan hasil X-ray menunjukkan bahawa bahan tersebut sudah memenuhi perut anaknya.
-Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik kerana dia dikejarkan ke hospital dengan segera dan baby kristal itu masih lagi belum mengembang dengan besar di dalam perut.
-Doktor kemudiannya memberi kanak-kanak itu ubat untuk mengeluarkan baby kristal itu. 200 biji dari bebola itu sudah pun keluar dan doktor berkata bakinya akan hilang dalam masa 24 jam.
![]() |
Bapa Merana Sangkakan Gula-Gula, Beri Anak 3 Tahun Makan 280 Biji Baby Kristal |
![]() |
Bapa Merana Sangkakan Gula-Gula, Beri Anak 3 Tahun Makan 280 Biji Baby Kristal |
![]() |
Bapa Merana Sangkakan Gula-Gula, Beri Anak 3 Tahun Makan 280 Biji Baby Kristal |
Sumber: shanghaiist
loading...
0 comments:
Post a Comment