Nauzubillah Min Zalik... Tahukah anda Golongan Yang Akan Buta Matanya Di Akhirat.?? Mohon Baca & Sebarkan... | Ramai
manusia diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan celik, boleh melihat
dgan sempurna ciptaan Allah SWT, boleh makan dan minum, berjalan dan
lain-lain lagi.
-Tetapi pada hari akhirat nanti ada di antara orang-orang yang celik di dunia ini dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan buta.
Kenapakah mereka ini dibangkitkan dalam keadaan sedemikian?
-Jawapannya ialah kerana mereka ini berpaling daripada ajaran Allah yang
sebenar, tidak melakukan perintah Allah, sebaliknya melakukan maksiat
dan membuat dosa-dosa besar serta menzalimi orang lain, matanya tidak
digunakan untuk melihat kebenaran, sebaliknya digunakan untuk melihat
kebatilan.
-Orang-orang seperti ini hidup di dunia akan disempitkan, tidak tenang,
menderita dan ditimpa musibah. Manakala di akhirat pula, mereka menjadi
buta sebagai balasan keingkaran ketika berada di dunia.
-Firman Allah SWT maksudnya : “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada
ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan
yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan
buta. Ia berkata: 'Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam
keadaan buta, pada hal aku dulu celik'?”(Surah Taha (20) ayat 124-125)
-Perbuatan kita semasa di dunia menentukan kedudukan di sisi Allah SWT di
akhirat dan begitulah sebaliknya. Jika kita benar-benar taat dan
akrabnya di dunia dengan Allah SWT, maka di akhirat pastinya Allah SWT
akan mendampingi kita...
-Siapa yang mengikut petunjuk Allah mereka tidak akan sesat dan tidak
pula akan menderita sengsara ditimpa azab pada hari kiamat nanti.
Sesiapa yang ingkar daripada mengikut petunjuk Allah sesungguhnya
kehidupan mereka pada hari kiamat nanti sukar, sempit dan dan dihidupkan
dalam keadaan buta. Demikianlah balasan terhadap orang-orang yang
diberi peringatan tetapi lalai dan ingkar, lalu Allah melupakan mereka
pada hari kaimat nanti sebagaimana mereka lupa kepada Allah semasa
berada di dunia....
-Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat
keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya,
dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".
(Surah Taha (20) ayat 126)...
-Seorang sahabat Nabi, Samurah bin Jundab berkata: “Sesiapa yang ingin
mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka periksalah kedudukan
Allah di sisinya. Barang siapa yang menghormati perintah Allah, lalu
bersegera melakukannya, menjauhkan diri daripada larangan Allah, juga
berusaha menghiasi diri dengan adab-adab Islam, maka kedudukan di sisi
Allah pun terhormat.”...
-Jika mata jika dihalakan kepada kemaksiatan boleh menyebabkan seseorang
itu menerima azab di akhirat. Begitu juga mulut, kaki, tangan dan
anggota lain perlu dihalakan kepada ketaatan kepada Allah SWT barulah
beroleh selamat dan kasih sayanag Allah SWT....
-Justeru, marilah sama-sama kita menghitung diri, adakah kita sudah cukup
amalan untuk bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak, adakah segala
amalan di dunia ini dijamin pahala di akhirat. Ingatlah segala amalan
akan diperhitungkan....
loading...
0 comments:
Post a Comment