MUDAH DAN BERKESAN.. Tips dan Petua Awet Muda Cara Islam


 Dalam islam pun ada mengajar kita cara menjaga muka atau badan kita agar kelihatan sentiasa muda. Cuma kita sahaja malas nak buatkan.. Petua yang paling mujarab dan paling berkesan jika di amalkan dari sekarang. Anda tengok diri anda dalam masa 2 hingga 10 tahun akan datang..tak rugi jika di amalkan.




Tips 1 : Bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan tips ini. Urutkan wajah anda tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi, seeloknya diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini...

Tips 2 : Bangun pagi, iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yg boleh jadi penawar bagi banyak penyakit...

Tips 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yg dipotong atau gugur...

Tips 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi...

Tips 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah tips ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah Surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda...

Tips 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala...

Tips 7 : Bangun pagi dan amalkan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah anda akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda. Yg duduk di kampong, boleh amalkan selalu. Yg duduk di Bandar, hehehe no comment...

Tips 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yg diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. Kalo ada air telaga lah...

Tips 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan....

SILAKAN SHARE YA
loading...
SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment